Salji tebal dijangka melanda pelbagai wilayah di Jepun terutamanya di sepanjang pantai laut Jepun iaitu Hokkaido ke wilayah Chugoku Barat, sehingga Ahad.<br /><br />Menurut Agensi Meteorologi Jepun, JMA ketinggian salji dijangka mencecah 152 sentimeter di bandar Oguni di wilayah Yamagata.<br /><br />Manakala salji di kampung Sekikawa di wilayah Niigata mencecah 117 sentimeter.
